Notis Privasi
Kemas kini: Jun 2025
Sistem HADYR komited untuk melindungi data peribadi pengguna selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Notis ini menjelaskan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, dan melindungi maklumat peribadi anda.
1. Maklumat yang Dikumpul
- Nama penuh
- Nombor Kad Pengenalan (IC)
- Nombor telefon
- Maklumat pelajar (nama, IC, subjek, jadual kehadiran)
- Maklumat pengguna/log masuk
2. Tujuan Pengumpulan Data
Data dikumpul untuk tujuan penggunaan sistem rekod kehadiran, menjana laporan, dan membolehkan ibu bapa menyemak rekod pelajar.
3. Kerahsiaan Data
Kami tidak akan menjual, menyewa atau mendedahkan data tanpa kebenaran kecuali diwajibkan undang-undang.
4. Keselamatan
Langkah keselamatan seperti SSL dan kawalan akses digunakan untuk melindungi data anda.
5. Akses & Pembetulan
Anda boleh minta akses atau pembetulan data anda melalui admin HADYR.
6. Pindaan Notis
Notis ini akan dikemas kini dari masa ke masa dan versi terkini akan dipaparkan di sini.